4. Gunung Nuang, Hulu Langat

Assalammualaikum and Hellooooo

Entry kalini nak cerita pula pasal pendakian kami ke Gunung Nuang which is bagi aku gunung paling tough yang pernah aku rasa! Urgh! Taknak naik dah hahahahahaha Entry ini agak panjang jadi jangan bosan untuk layan ek haha

Okay, jom layannn

Kami mendaki pada 13 Januari 2018 (Sabtu). Kali ini seramai 26 orang yang nak naik Puncak Gunung Nuang tapi hanya 18 orang sahaja yang berjaya sampai ke atas. Kenapa? Okay kena layan dulu entry ni.
Pada jam 1 pagi lagi, kami dah mula berkumpul. Lepak minum dekat restorang area batu 14 Langat.



Ini kami yang kelaparan lepak di restoran jam 1 pagi. Ni tak ramai lgi, separuh lagi tunggu di masjid batu 14.

So, pung pang pung pang, kami tiba di kaki gunung jam 3 pagi. Kami pon masing2 mempersiapkan keperluan masing2, makanan, torchlight semua, jam 3.30 pagi kami pon start daki. Oh ya, masa kami daki ni, waktu ni hujan dan memang musim hujan sekarang, jadi kami persiapkan diri awal2 untuk bawak poncho atau baju hujan.


Kami pon start daki jam 3.30 pagi. Starting daki berjalan je. Tapi berjalan yang memang dah menaik. Mengah gak tapi aku tahan je sebab takkan baru sejam berjalan dah penat woi? nak daki berejam lagi niii hahahaha tapi baru dekat jalan batu lagi, belum bertemu tanah. Orang cakap ni jalan tiada pengakhiran. haha Sebab nya? Masa turun nanti baru tau kenapa nama jalan tu dipanggil jalan tiada pengakhiran hahaha. 

Guider kami iaitu Abg Faizal kata kami akan berhenti di checkpoint 1, 3 dan 5 sahaja. 2 dan 4 kami takkan berhenti katanya nak cepat sampai ke base camp iaitu di Kem Lolo. Dekat situ ada sungai. Tapi yang aku tahu ada sebab kenapa jangan berhenti dekat checkpoint 2 dan 4, ada dengar diorang cakap ada "benda" tu banyak dekat situ. So better takpayah berhenti. Wallahualam, aku pon taktahu mengenai kesahihan benda ni. Lagipun memang orang cakap Gunung Nuang ni agak keras sikit.

So yeah, kami jalan jalan dan jalan, akhirnya sampai di Kem lolo. Kami sampai sana around 6 lebih jugak. Agak lewat sebenarnya, 2 jam lebih ambil masa untuk sampai ke Kem Lolo. Mungkin sebab kami banyak berehat dan jumlah kami agak ramai, jadi agak lambat.

Kami singgah solat subuh kejap di Kem Lolo, dekat sini ada sungai. So boleh ambik air sembahyang. So, lepas dah solat rehat, makan sikit semua, kami pon meneruskan pendakian kami. Actually Kem Lolo ni belum daki lagi nak ke Nuang. Sebenar permulaan nak ke Gunung Nuang adalah bermula daripada Kem Lolo. So 2 jam setengah yang kami dok jalan tu kira macam exercise je baru hahahaha belum daki lagi.

Dekat sini, Kak Ila dan Syed dah tak boleh nak teruskan pendakian, sebab nya Kak Ila tak berapa sihat. Masa nak naik tadi pon dia dok batuk2. Demam katanya, jadi nya dekat sini dah berkurangan seramai 2 orang. Jadi jumlah yang naik adalah seramai 24 orang. Okay, maka kami pon salam2 dengan Kak Ila dan teruskan mendaki ke Gunung Nuang. Aku punya semangat bukan main lagi masa mula2 sebab aku tak tahu rupa sebenar track Nuang ni macam mana so macam excited lah nak naik puncak! hahahaha

Okay, daripada Kem Lolo nak ke Kem Pacat mengambil masa selama 1 jam setengah pendaki seperti aku ini. haha . Orang lain 1 jam je, aku tak mampu nak ikut speed mereka sebab aku tak fit lagi. haha. Track daripada Lolo ke Pacat agak mencabar juga lah. Aku agar trauma lagi bila ingat track dia haha sumpah taknak naik lagi dah wei! hahahahahaha! Sebab apa? track dia menaik, menaik dan menaik. pergh! Tak kasi chance langsung nak rehat weiiii. 2 Jam setengah tu aku menaik jeeee. gilooo wei! haha

Maka, kami sampai di Kem Pacat sekitar jam 8.30 pagi macam tu, which is guider kata sempat lagi untuk naik ke puncak kalau aku tak banyak berhenti. I was likeeee danggggggggg! aku tak mampu! hahaha. Sampai dekat Pacat ni aku sebenarnya dah almost give up dah. Sebabnya, diorang kata daripada Kem Pacat ke Pengasih amik masa 2 jam lagi dan track dia LAGI MENCABAR daripada tadi dan itu BELUM puncak lagi. Daripada Pengasih ke Puncak Nuang ada 2 jam lagi so total ada dalam 4 jam lagi aku nak kena daki. Aku dah memang mental dah masa tu. Tapi aku fikir, takpa lah. Dah sampai Kem pacat ni, teruskan jelah. Taknak giveup! 

So kami rileks2 jap dekat kem pacat ni, ambil2 gambar semua dan meneruskan perjalanan kami ke Pengasih pada jam 8.45 pagi. Oh yaa, dekat sini, 4 orang daripada kami kecundang, sebab salah seorang daripada diorang ada dah cramp dekat kaki dan tapak kasut dia pulak dah tercabut. So perjalanan mereka cukup sampai di Kem Pacat sahaja. Tinggallah hanya 20 orang sahaja. Jadi, kami yang lain pon mulakan pergerakkan ke Pengasih. Actually time ni dah berpecah banyak dah. Yang tinggal last aku, Adha, Abg Ikmal, Kak Feyna, dengan Wan. Abg Fendy, Kak Puja dengan Rafiq dah kedepan dulu. Abg Faizal takpayah cakap lah, dia lajuuuuu! Susah nak ikut speed dia. Taktahu saka fitness mana dia pakai hahaha gurau2. Ada beberapa orang yang lain pon follow dia. So kami yang ketinggalan ni pon start daki ke Pengasih pula..

TUUU DIAAA! Starting daripada Kem Pacat nak ke Pengasih, track dia 90 darjah! Kalau tadi mencabar, ini double triple mencabar diaaa! Aku rasa macam wall climbing pon ada. Lutut dekat dada weiiiii nak memanjat diaaaaaa. Sumpah time ni mental aku dah koyak! haha. Aku taktahu aku mampu ke tidak untuk sampai ke Puncak. Okay time ni, 2 orang lagi kecundang iaitu Abg Ikmal dan juga Kak Feyna. Maka yang tinggal 18 orang sahaja. So, masa dengar Abg Ikmal dah give up, lagi la semangat aku menurun. hahaha 

So, kami tiba Pengasih pada jam 10 pagi macam tu. Sampai je di Pengasih, terserempak dengan Kak Puja, Abg Fendy dan Rafiq. Maka aku pon kata yang aku cukup di sini sahaja. Time tu terus kak Puja kata "EH!, Jangan lahhhhh! Sikit lagi nak sampai niiii. Rugi la kalau giveup sekarang." Kak Puja pon kata lagi memberi semangat "lagi 900 meter je nak sampai puncak dah. Lepasni track semua menurun je lepastuh ada naik sikit lepastuh dah sampai. Alaa come on la jangan la give up"... Masa ni memang macam ada satu semangat baru datang. So aku decide, untuk teruskan jugak! Thank you Kak Puja sebab beri kata-kata yang semangat walaupun kedengaran 900 meter tu mcm tak jauh tapi sejam jugak lah haha.

Kami pon mulakan perjalanan. Okay, track daripada Pengasih ke Puncak agak ok lah sikit sebab starting dia menurun je.. then nak sampai puncak tu baru ada daki sikit dalam 10-20 minit.

AND ALHAMDU LILLAH! Aku berjaya sampai ke Puncak Nuang pada jam 11.30 pagi! Alhamdu Lillah syukur! Aku tak sangka yang aku berjaya juga akhirnya sampai di Puncak Nuang selepas mengharungi liku liku kehidupan hahahaha Tapi dekat Puncak memang seriously sejuk sangat-sangat! Sebab musim hujan kot, jadi cuaca memang sangat sangat sejuk! Nasi goreng yang kami bawak pon dah sejuk beku dah hahaha. Actually cuaca memang agak sejuk. Sepanjang pendakian pon memang sejuk je rasa. Macam daki dekat London. haha 

So lepas settle amik-amik gambar, kami pon turun pada jam tepat 12.30 tengahari. So aku pendekkan cerita dekat sini lah sebab takda apa yang menarik pon. Ada menarik sikit je, di mana aku almost nak nangis sebab masa nak turun, track gila lecak habis! Sebab hujan dan aku tak tahu lah bape ratus kali aku jatuh setiap kali nak turun. Stress gila. Dalam kepala dok cakap, cepat lah sampai bawah cepat lah sampai bawah haha.

Kami tiba di Kem Lolo jam 5.00 petang. Cuci segala kekotoran lumpur yang melekat dekat baju beg kasut semua akibat terjatuh banyak kali dan kami bergerak turun jam 5.30 petang daripada Kem Lolo. Wan ada cakap, kena pastikan kami keluar daripada hutan sebelum jam 7.00 petang.

Waktu dah almost nak 7 malam. Jalan punya jalan sekali AKHIRNYA SAMPAI KE PINTU GERBANG!

NIKMATNYA BILA DUDUK ATAS RUMPUT! FUH! 

TAPI, bila aku turun je, baru dapat tahu ada orang meninggal dekat atas. Katanya lagi 100 meter nak sampai ke Puncak, tanah runtuh dengan arwah sekali jatuh ke bawah. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Gunung Nuang pon ditutup buat sementara waktu. Jadi, kami adalah trip yang terakhir sekali buat masa ini.

Jadi, itu sahaja lah story ku mengenai Gunung Nuang.

Apa yang aku nak cakapkan, nak naik Gunung Nuang ni, mental dan fizikal kena kuat. Pasang nawaitu betul2 yang kau nak sampai ke Puncak walau apa pun terjadi. 

So jom la layan gambar-gambar sepanjang pendakian dan di puncak.


Masa ni daripada Kem Lolo nak ke Kem Pacat.



Masa ni daripada Pengasih ke Puncak


Puncak Nuang conquered!



Team kami

Comments

Popular posts from this blog

9. BUKIT CHENUANG, HULU LANGAT

5. Gunung Berembun, Negeri Sembilan

10. Bukit Wawasan, Puchong