Posts

Showing posts from February, 2019

10. Bukit Wawasan, Puchong

Image
Assalammualaikum WBT Haii kembali lagi kita minggu ini. Okay, so trip kali, Relax Hikers telah menerjah Bukit Wawasan yang terletak di Puchong. Ketinggian Bukit Wawasan adalah 233Meter.  Kami berkumpul di RNR Awan Besar untuk kumpul semua team, kemudian kami ke Restoran mamak yang berdekatan dengan kaki bukit. So makan makan, kami pon menuju ke kaki bukit. Okay, kawasan parking dekat sini, memang penuh! Mungkin masa kami pi ni ramai orang kot. So terpaksa parking jauh gila dan kena jalan kaki la menghala ke kaki bukit. Dekat sini, untuk pengetahuan semua ada 2 tempat boleh pergi. Sama ada ke Puncak atau ke Waterfall. Kalau ke Waterfall, laluan lain, dan kalau ke Puncak pon laluan lain.  Dan, di sini juga ada 2 track yang korang boleh pilih. Kalau korang nak ke Puncak terus, better guna Track A, lebih dekat cuma dia mencanak sikit la. Track B pulak, dia lalu ikut tokong cina. Tapi kalau lalu Track B, boleh pilih nak ke Waterfall boleh, ke Puncak pon boleh.

9. BUKIT CHENUANG, HULU LANGAT

Image
Assalammualaikum! Hi! Dah lama tak update blog ni. Sekian lama, akhirnya ada juga tempat baru yang berjaya diterjah oleh team Relax Hikers. Okay, jom kita cerita perjalanan kami untuk hiking Bukit Chenuang kali ini. Pendakian pada kali ini adalah seramai 10 orang yang terdiri daripada 7 orang ahli Relax Hikers dan 3 orang daripada Hikers Club. Kami berkumpul di Masjid Hulu Langat pada jam 6.30pagi. Breakfast dulu, sambil tunggu rakan-rakan yang lain, buang segala apa yang patut. Kemudian, pada jam 7.45pagi kami bergerak ke Balai Polis Batu 18 untuk laporkan diri (Kena siap-siap buat senarai nama yang nak mendaki, nanti boleh terus sahaja beri kepada pegawai polis di sana) Jam 8pagi, kami bergerak ke kaki Bukit Chenuang. Okay, Bukit Chenuang ni dia terletak di dalam kawasan Sg Congkak. Kira-kira daripada pintu masuk Sg Congkak nak ke kaki Bukit Chenuang tu ada dalam 1.5km. Jadi sesiapa yang nak daki, sama ada jalan kaki boleh atau nak bawak masuk kereta pon okay. Kalau bawa ma