Posts

Showing posts from February, 2018

7. Bukit Batu Chondong, Kemensah, Kuala Lumpur

Image
Assalammualaikum and hellooooo! Kembali lagi dalam hiking trip yang seterusnya. Oh yeahhhh! Kali ni, kami daripada Relax Hikers terjah Bukit Batu Chondong pula pada cuti raya cina! haha Orang lain balik kampung, kami dok panjat bukit. Apedehal kan? haha Jadinya, pada 17Februari yang lepas, kami seramai 12 orang telah melakukan aktiviti mingguan kami ke Bukit Batu Chondong yang terletak di Kemensah, KL. Bukit ni dekat je dengan Zoo Negara. Haritu pon agak sesat jugak haha tanya orang baru tau jalan. Ikut waze pon macam tak boleh harap! haha Nak tau bukit dia dekat mana, boleh search ATV Park. And sebenarnya dekat tepi jalan raya tu dah boleh nampak dah sign ATV Park diorang gantung dekat tiang2 lampu. Boleh follow je. Kot rasa sesat, tanya je orang dekat situ haha. Bukit nijuga berhampiran dengan Sg Kemensah, yang orang dok makan dalam sungai tu. Haaa dekat dah tu. Kami kumpul dekat depan Zoo Negara jam 7:00 pagi. Lepastuh pergi breakfast kejap. Then terus bergerak ke kaki buk

RELAX HIKERS

Image
Assalammualaikum and hellooo! Ini adalah official logo Relax Hikers di mana di dalam team ini mempunyai 13 orang ahli iaitu Saya, Adha, Abg Fendy, Abg Faizal, Kak Fiza, Kak Ila, Abg Ikmal, Wan, Rafiq, Aqil, Abg Suhari, Tn Hj Jamian dan Syed. Kami amat mengalu-alukan pada sesiapa di luar sana yg nak ikut kami hiking sekali. Ahli kumpulan kami diwakili oleh yang legend dalam hiking dan nubis. Haaa yg nubis tu aku lah tu haha. Semoga segala perjalanan kami untuk mendaki Gunung/Bukit di Malaysia ini dipermudahkan. Begitu juga kepada semua hikers di luar sana. Semoga segala urusan di permudahkan dan selamat pergi dan pulang. *Logo design by me 😎

6. Bukit Senaling, Negeri Sembilan

Image
Assalammualaikum and helloooo. Kali ni, nak update pasal trip yang seterusnya pulak. Terlambat pulak nak update. Baru free harini. hehe So, kali ni, kami daripada Relax Hikers telah plan untuk tawan Bukit Senaling pula yang bertempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bukit ni terkenal dengan awan karpet. TAPI masa kami pergi hike tu, takda rezeki untuk kami untuk kami tengok awan karpet dekat puncak. Sedihhhhhh! Kami telah plan untuk hiking pada 4 February 2018 yang lepas. Macam biasa lah, kami akan berkumpul dulu dekat satu tempat. Jadinya kami plan untuk berkumpul di Masjid Senaling. Kami solat subuh dulu semua, siap-siap apa yang patut and then terus bergerak ke kaki Bukit Senaling. Kami start mendaki tepat pada jam 7.30 pagi. Bukit ni takda lah tinggi sangat sebenarnya 394 meters je, Start je, dah mencanak sikit. So aku suggest korang buat lah renggangan kaki dulu sebelum memulakan pendakian. haha Tapi track dia agak okay lah. Jalan-jalan borak-borak semua gelak-gelak hahaha