6. Bukit Senaling, Negeri Sembilan

Assalammualaikum and helloooo.

Kali ni, nak update pasal trip yang seterusnya pulak. Terlambat pulak nak update. Baru free harini. hehe

So, kali ni, kami daripada Relax Hikers telah plan untuk tawan Bukit Senaling pula yang bertempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bukit ni terkenal dengan awan karpet. TAPI masa kami pergi hike tu, takda rezeki untuk kami untuk kami tengok awan karpet dekat puncak. Sedihhhhhh!

Kami telah plan untuk hiking pada 4 February 2018 yang lepas. Macam biasa lah, kami akan berkumpul dulu dekat satu tempat. Jadinya kami plan untuk berkumpul di Masjid Senaling. Kami solat subuh dulu semua, siap-siap apa yang patut and then terus bergerak ke kaki Bukit Senaling.

Kami start mendaki tepat pada jam 7.30 pagi. Bukit ni takda lah tinggi sangat sebenarnya 394 meters je, Start je, dah mencanak sikit. So aku suggest korang buat lah renggangan kaki dulu sebelum memulakan pendakian. haha Tapi track dia agak okay lah. Jalan-jalan borak-borak semua gelak-gelak hahaha.






Track dia jalan merah. Jalan yang orang lori-lori selalu guna tu. Mungkin ada projek kot dekat atas tu. Tak pasti.

Waktu aku mendaki adalah selama 54 minit. Ada beberapa team members yang lain amik masa selama 35 minit je untuk sampai atas. Aku rasa diorang berjogging naik atas kot. haha Sebab masa kami nak start daki pon masing-masing dah berpecah dah. Ikut speed masing-masing. Speed aku adalah selama 54 minit. Okay lah sebab guider target kami sampai puncak 1 jam setengah. Tapi kitaorang boleh buat lagi cepat daripada tu. So bangga jap lah hahaha.

Sampai je atas puncak, HAMPA! takda awan karpet hahahahah yang ada awan ceiling je. hahahah sebab awan memang cantik sangat dekat atas!



Tengok awan dia, cantik sangat!

Kami pon apa lagi, bergambar lah. Dekat 30 minit bergamabr je. hahaha Lepas amik gambar, kami pon lepak amik port makan-makan.  

Lepas settle je semua, kami pon turun ke bawah. Kami bergerak turun ke bawah pada jam tepat 9.55am. AND YES! Aku orang pertama sampai ke bawah dengan masa hanya 35 minit sahaja. kahkahkah! bangga beb! haha.

So yeah, lepastu kami ke homestay tuan haji, memang best gila! Nama homestay tu  Che Mah Homestay. Menghala ke Istana Seri Menanti. Mandi dekat homestay tu memang best gila sejuk! 

Okay lah, tu je perkongsian mengenai Bukit Senaling ni. Jom layan gambar-gambar dekat bawah ni. weeehoooo!








Comments

Popular posts from this blog

9. BUKIT CHENUANG, HULU LANGAT

5. Gunung Berembun, Negeri Sembilan

10. Bukit Wawasan, Puchong