7. Bukit Batu Chondong, Kemensah, Kuala Lumpur

Assalammualaikum and hellooooo!

Kembali lagi dalam hiking trip yang seterusnya. Oh yeahhhh! Kali ni, kami daripada Relax Hikers terjah Bukit Batu Chondong pula pada cuti raya cina! haha Orang lain balik kampung, kami dok panjat bukit. Apedehal kan? haha

Jadinya, pada 17Februari yang lepas, kami seramai 12 orang telah melakukan aktiviti mingguan kami ke Bukit Batu Chondong yang terletak di Kemensah, KL. Bukit ni dekat je dengan Zoo Negara. Haritu pon agak sesat jugak haha tanya orang baru tau jalan. Ikut waze pon macam tak boleh harap! haha Nak tau bukit dia dekat mana, boleh search ATV Park. And sebenarnya dekat tepi jalan raya tu dah boleh nampak dah sign ATV Park diorang gantung dekat tiang2 lampu. Boleh follow je. Kot rasa sesat, tanya je orang dekat situ haha. Bukit nijuga berhampiran dengan Sg Kemensah, yang orang dok makan dalam sungai tu. Haaa dekat dah tu.



Kami kumpul dekat depan Zoo Negara jam 7:00 pagi. Lepastuh pergi breakfast kejap. Then terus bergerak ke kaki bukit.


Jadi, ini lah dia laluan untuk naik ke Bukit Batu Chondong.

Seperti biasa, bila sampai je dekat tempat parking, kami pon buat renggangan macam biasa. Buang air kecil air besar segala air yang ada sebelum mula mendaki. Bukit ni tak tinggi pon. 200 meter je ketinggian dia. Memang rendah. TAPI, rendah-rendah pon, daripada starting sampai puncak mencanak je! hahaha Takda kasi kesian pon nak rehat. So elok la buat renggangan kaki.

Kami ambil masa sekitar 20 minit sahaja untuk sampai ke atas puncak. Kalau yang fit lebih, boleh buat 10-15 minit jela. Yang penting kena berlari daripada bawah sampai atas, confirm 10 minit je sampai hahahaha.


 Lalu kawasan buluh. Selfie duluuuu haha


 Laluan terkahir untuk sampai ke atas puncak. Kena hati2 masa nak naik ni. Tangan kaki memang kena kuat untuk tampung badan. Ada satu lagi laluan dekat tepi sana. Yang tu lagi kena panjat. Yang tough boleh la lalu situ. haha



Maka, tepat jam 9:15am kami pon sampai! Wohoooo

Pemandangan dia bagi aku okay lah. Kami naik lambat sangat. Kalau naik pagi, mungki boleh tengok sunrise. Ni dah pukul 9 pagi, memang panas je la rasa haha.

Lepas dah ambil-ambil gambar semua, kami pon bergerak turun pada jam 10:00 pagi. Then kami singgah sekejap dekat sungai yang ada dekat Bukit ni. Yaaaaaa ada sungai dekat sini. Nanti masa korang nak daki, korang boleh nampak sign Sungai apa ntah aku lupa haha. Dekat sungai ni ada 7 air terjun. Pilih je la mana-mana yang korang nak. Kami pilih sungai paling bawah hahaha.








Selepas tu, sempat buat Panama Dance dekat sungai! haha Memang sporting habis la team hehe

Jadi, itu sahaja cerita hiking kami pada kali ini. Nantikan trip yang seterusnya iaitu di Gunung Besar Hantu pada 3/3/18 ini! Wohoooooo















Comments

Popular posts from this blog

9. BUKIT CHENUANG, HULU LANGAT

5. Gunung Berembun, Negeri Sembilan

10. Bukit Wawasan, Puchong