9. BUKIT CHENUANG, HULU LANGAT

Assalammualaikum!

Hi! Dah lama tak update blog ni. Sekian lama, akhirnya ada juga tempat baru yang berjaya diterjah oleh team Relax Hikers.

Okay, jom kita cerita perjalanan kami untuk hiking Bukit Chenuang kali ini.

Pendakian pada kali ini adalah seramai 10 orang yang terdiri daripada 7 orang ahli Relax Hikers dan 3 orang daripada Hikers Club. Kami berkumpul di Masjid Hulu Langat pada jam 6.30pagi. Breakfast dulu, sambil tunggu rakan-rakan yang lain, buang segala apa yang patut.

Kemudian, pada jam 7.45pagi kami bergerak ke Balai Polis Batu 18 untuk laporkan diri (Kena siap-siap buat senarai nama yang nak mendaki, nanti boleh terus sahaja beri kepada pegawai polis di sana)

Jam 8pagi, kami bergerak ke kaki Bukit Chenuang. Okay, Bukit Chenuang ni dia terletak di dalam kawasan Sg Congkak. Kira-kira daripada pintu masuk Sg Congkak nak ke kaki Bukit Chenuang tu ada dalam 1.5km. Jadi sesiapa yang nak daki, sama ada jalan kaki boleh atau nak bawak masuk kereta pon okay. Kalau bawa masuk kereta, kena bayar RM15. Kami sarankan untuk bawa masuk kereta sebabnya kalau nak jalan memang agak jauh, nanti masa lepas turun daripada Puncak, takut tak larat nak ke parking kereta semula.


Sampai sahaja di Kaki Bukit, kami pon persiapkan diri apa yang patut. Disarankan untuk pakai spray pacat ya, sebab dkt Bukit ni banyak pacat!

Okay sambung cerita. Pada jam 9.00 pagi, kami mula mendaki. Permulaan pendakian, ada menaik sikit ada landai sikit. Dekat sini dah test stamina dah sebenarnya, tapi disebabkan semangat nak mendaki tu, gagahkan juga untuk berjalan bagi 30 minit yang pertama.

Perjalan untuk sampai ke puncak mengambil masa selama 2 jam.
Sebelum sampai puncak, kami akan jumpa banyak part yang kena merangkak. Part ni memang mencabar gila la. Sebab memang kena merangkak sambil mendaki. Bukan merangkak yang mendatar punya. Jadi kekuatan tangan dan kaki tu memang diperlukan.

Alhamdu Lillah, pada jam 11pagi, kami berjaya sampai ke Puncak Bukit Chenuang. Tapi agak stress puncak dia sebab banyak lebah hahaha. Rafique dan Wan dah kena sengat dah. Nasib baik yang lain tak kena.
We are Relax Hikers!!

Pada jam 12pm, kami pon mula turun ke bawah. Nak turun pon mencabar juga sebab tanah licin. Jadi kalau jatuh tersembam tu biasa. hahaha 

Jam 1.30pm kami sampai ke kaki bukit. Alhamdu Lillah segalanya berjalan lancar. 
Tak sabar untuk teruskan pendakian yang seterusnya selepas ini.

Pada sesiapa  yang ingin sertai kami untuk mendaki, boleh terus comment di bawah ni. Kami open je pada sesiapa yang nak follow. The more the merrier! Okay bye!

Admin belanja sikit gambar:













Comments

  1. assalamualaikum tuan tanah...tumpang tanya...jika saya nak join tuan tanah ikut pegi hiking boleh ke? sy ni baru nak belajar2 hiking ni..terima kasih.. rauna2304@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Saya nk join hiking dgn team relax hikers

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5. Gunung Berembun, Negeri Sembilan

10. Bukit Wawasan, Puchong