5. Gunung Berembun, Negeri Sembilan

Assalammualaikum! And hellooo

27 Januari 2018, Kami seramai 18 orang termasuk 3 orang guider telah berjaya menawan Gunung Berembun yang berketinggian 1,014m/3,326ft.

Kami daripada KL/Cheras berkumpul di Rnr Beranang pada jam 5.00 pagi dan bergerak ke Masjid Pantai untuk target sampai jam 6:00 pagi. Jadi kami pon bergerak menggunakan highway LEKAS dan exit Ampangan/Seremban.

Kami tiba di masjid pada jam 5:50 pagi. Dekat sini, ramai la nampak hikers2 yang lain parking sini sebab warung depan masjid tu dah buka dah waktu macam ni. Mungkin kedai tu bukak pukul 5:00 pagi. Memang yang lepak situ pon semua geng-geng hikers yang ada je. Kami pon minum la pagi isi perut apa yang patut semua, solat subuh semua. Then selesai, kami terus menuju ke kaki Gunung Berembun yang terletak tidak jauh daripada masjid tu. Tapi kena naik kereta lah haha.

Sampai di kaki gunung, kami pon buat la sedikit renggangan semua. Bagi nama pada renjers yang ada dan bayaran di sini ialah sebanyak RM5 ya. Bayaran permit.


Kami start mendaki pada jam tepat 7:30 pagi. Waktu ni semua excited bukan mainnnnnnn hahaha tunggu kejap lagi aku nak ceghite haha.

Sebelum tu nak cerita sikit lah perjalanan untuk sampai ke Puncak Berembun ni. Di sini akan ada beberapa checkpoint yang orang akan berhenti berehat. Yang pertama ialah di Lata Berembun, di sini ada sungai. Air dia memang best! haha sejukkkk TAPI.... ada pacat kahkahkah. So memang rasanya takda orang mandi kot dekat sini. Taktahu lah kan. Checkpoint yang ke dua ialah di Gua Kambing. Dekat sini ada tempat rehat. Ada pondok yang boleh baring tidur haha. Yang terakhir sekali terus ke Puncak Berembun.

Jadi, perjalanan kami daripada kaki gunung ke Lata Berembun agak santai sebab track yang bagi aku mudah. Jalan kaki sepak-sepak batu je. haha Kami mengambil masa selama lebih kurang 50 minit untuk sampai ke Lata Berembun. Dekat sini, lepak-lepak kejap sebab banyak sangat pacat.



Lintasan pokok besar di Lata Berembun

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Gua Kambing. Track ke Gua Kambing agak menaik sedikit dan memang agak curam lah sebab laluan sempit dan kalau salah step je boleh jatuh terus ke bawah. Sebab track memang agak sempit so kena hati-hati ya. Kami sampai di Gua Kambing pada jam 9.45pagi. Sebenarnya dekat sini macam nak give up dah aku. Sebab nya ia adalah hari pertama 'kawan baik' aku datang bulan tu. So memang aku ada masalah senggugut. Perit dia Tuhan je tahu. Urat perut terbelit-belit rasa. Aku rasa macam nak give up dah. Then rehat kejap. Tepat pukul 10:00 pagi team yang lain bergerak. Then tetiba aku rasa macam, tak boleh jadi ni. Aku kena juga sampai puncak.

TUUUU DIAAAA! Daripada Gua Kambing ke Puncak, MENCANAK! hahahahaha memang menguji mental dan fizikal. haha Aku dengan sakit ni, naik sikit berhenti, naik sikit berhenti. Sampai geng-geng daripada Singapore yang dekat bawah ktorang pon dah laju melepasi kitorang. Memang penat lah. Tapi takpa, sebab target kalau boleh sampai ke puncak sebelum jam 12:00 tengahari. So aku pon slow slow ikut speed aku sendiri. Borak-borak dengan hikers daripada Singapore semua. Memang macam ambik angin lah dekat track yang mencanak tu. hahaha


Ni lah dia yang mencanak tu. Terus dan terus menaik begini sehingga ke Puncak.

Untuk pengetahun semua, jangan terpedaya dengan sign meter yang ada dekat pokok. Untuk sampai ke Puncak Berembun adalah pada 5000 meter. Sebab masa aku daki tu aku nampak sign 5,400 meter lagi. Aku dok fikir, jauh gila 5,400 nak sampai Puncak Berembung. Rupanya nak sampai Puncak Berembun tu pada angka 5000m je. So macam ada lagi 400 meter la nak sampai. Yang 5000 tu adalah sampai ke Telapak Buruk belah sana tu. haha Phycology betul lah. haha

Kalau jumpa sign ni, bererti lagi 10-15 minit je sampai sebab nak sampai puncak ialah 5000 meter.

DAN akhirnyaa... aku tiba di puncak pada jam 11:20 pagi. Selama 1 jam 20 minit meredah gunung yang mencanak itu. Alhamdu Lillah. Dekat puncak, kami split group. Aku, Adha, Wan dan Kak Fiza stay sampai sini sahaja. Manakala yang lain meneruskan perjalanan ke Crash plane iaitu lebih kurang sejam lebih lagi perjalanan. Kemudian diorang ke Telapak Buruk pulak. Aku memang cakap aku cukup sampai Berembun je. Ni je aku mampu buat masa ni dengan keadaan senggugut aku yang memerlukan aku duduk je baru dia okay. haha

Kami berempat pon bentanglah poncho, lepak-lepak.

Seterusnya, kami memula kan perjalanan menurun kami pada jam 1:10pm. Track agak curam la nak menghala ke Gua Kambing sebab naik tadi pon dah mencanak kan. haha Perjalanan menurun agak laju sedikit lah. Kalau tadi naik kami ambil masa 1 jam 20 minit, tapi bila turun kami ambil masa selama 40 minit sahaja. Tepat pada jam 1:50pm kami sampai di Gua Kambing. Rehat2 kejap sebab kaki menggelatar lah sebab menurun je tadi.


Then, kami teruskan perjalanan pada jam 2:15pm daripada Gua Kambing menuju ke Lata Berembun. Disini perjalanan mengambil masa selama 50 minit. Sampai je ke Lata Berembun, aku bukak kasut rendam kaki kejap sebab menggeletar kaki. Bila rendam tu...fuh!! reflexology free! hahaha

Borak-borak, kami pon teruskan perjalan untuk turun terus pada jam 3:30pm. Dekat sini memang kami speed sikit dan kami hanya mengambil masa 30 minit je sahaja untuk sampai ke parking kereta. PERGH! Memang satu perasaan yang sangat menggembirakan bila dah nampak tangga hahahah

Tukar baju mandi semua, dan kami pon tidur dalam kereta menunggu team yang lain untuk turun hahaha.
Singgah jap kedai beli air milo ais. Nikmat dia memang terbaik!!

Apa-apa pun, bagi aku bila dah naik Gunung Berembun ni, takdalah rasa tough sangat and jauh sangat sebenarnya. Serious. Bila kau dah belum lalu sesuatu kawasan tu, kau rasa macam jauh je nak sampai (lagi-lagi masa part mencanak tu), tapi bila dah sampai, baru kau tau sebenarnya tak jauh pon.

So bagi aku, nak naik Gunung ni, persediaan fizikal dan mental kena kuat. 2 2 ni kena berjalan seiring. Kawan-kawan pon memang kena main peranan yang sangat kuat sebenarnya. Alhamdu Lillah semua team kami memang support each other. Tumpang semangat antara satu sama lain.

Jadi, itu sahajalah kisah kami kali ini untuk menawan Gunung Berembun. Kita jumpa pada Gunung yang seterusnyaa. YEEHA!

________________________________________________________

*Saringan

Majority para hikers yang nak mendaki dekat Gunung ni, mereka akan naik lori daripada Gunung Telapak Buruk. Daripada situ, lori akan bawak korang terus ke puncak Telapak Buruk. Kemudian, kena hiking sikit menghala ke Crash plane dan para hikers akan turun mengikut Berembun. Jadi, apabila naik melalui Telapak Buruk, diorang akan menurun je lepas tu dan lalu Berembun. Which is okay la menjimatkan masa. Tapi nak naik lori dia, kena bayar RM25 SEORANG. hahaha. So siapa yang mampu, boleh lah.

Okay itu sahaja. Assalammualaikum!

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Klau x gune guide, utk 1st timer doable x? Means,track byk tagging?

    ReplyDelete
  3. mcm mana awk dapat contact guider tu?

    ReplyDelete
  4. sis yg pintu masuk tu kita boleh park kereta ke? atau kita kena naik lori sampai pintu utama?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

9. BUKIT CHENUANG, HULU LANGAT

10. Bukit Wawasan, Puchong