3. Gunung Angsi, Negeri Sembilan

Assalammualaikum! Hellooooo

Entry kali ni nak cerita pasal Gunung Angsi pulak. Yeah! Jom baca

Kami mendaki pada tarikh 2 December 2017 (Sabtu). Kami adalah seramai 9 orang sahaja iaitu terdiri daripada kumpulan kami iaitu Relax Hikers. Relax Hikers adalah terdiri daripada 13 orang yang suka mendaki. Jadi kami tubuhkan group ini agar kami boleh sama-sama untuk mendaki gunug atau bukit yang ada di Malaysia ini. haha

So, cerita di Gunung Angsi. Saya bergerak daripada cheras jam 6.00 pagi menuju ke RnR Seremban untuk singgah berhenti subuh. Disini juga merupakan tempat untuk kami berkumpul yang datang daripada arah KL. Jadi, kami solat subuh dulu dekat sini, amik2 gambar apa semua. Then pukul 7 pagi kami bertolak ke Gunung Angsi.

Perjalanan lebih kurang 30 minit jugak lah. Sampai around 7.30 pagi. Then di situ, kami makan nasi lemak yang disediakan oleh Abg Fendy (thank you abg fendy!). Kami makan2 lepastuh daftar dekat kaunter. Gunung Angsi ni kena bayar dulu tau. RM5 seorang. Bayaran untuk permit rasanya. Jadi dah settle semua kami start mendaki jam 9 pagi macam tu. Gunung ni tak amik masa yang lama untuk sampai ke atas sebab ketinggiannya hanyalah 825meter sahaja. So naik pukul 10 pagi pon boleh relax2 lagi lah. Oh ya, dekat Gunung Angsi ni, waktu pendaftaran dia sampai jam 11 pagi sahaja tau. Selepas itu dah tutup. So kami pon daki jam 9 pagi. As usual, mula2 aku ke depan, lama2 aku orang paling last. haha!

So daki2, trek dia bagi aku mcm okay lah. Dia mendatar....lepastuh daki...lepastuh datar balik...lepastuh dakiiiiiiiii

haa macam tu. kejap daki kejap datar.

Kami sampai di puncak pada jam 11 pagi rasanya. Sampai je atas, terjelepok aku ke tanah sebab kaki sakit hahaha. Lepastuh ambil2 gambar, settled! Kami pon turun ke bawah.

Sampai ke bawah, kami pon singgah mandi sungai yang berdekatan dengan Gunung Angsi (aku lupa nama tempat tu tapi memang dekat je)

Settled mandi, ktorg pon layan Sate Tulang dekat area Senawang. Boleh tahan sedap gak ah. Boleh tryyyyy. Okaylah, itu je story kami. Nantikan pendakian kami yang seterusnya.


Comments

Popular posts from this blog

9. BUKIT CHENUANG, HULU LANGAT

5. Gunung Berembun, Negeri Sembilan

10. Bukit Wawasan, Puchong