8. Gunung Besar Hantu, Jelebu, N9

Assalammualaikum wbt and helloooo!

Okayy, jom kita layan trip kita kali ini iaitu di Gunung Besar Hantu, Jelebu, Negeri Sembilan. Gunung ini berketinggian 1,462 meter dan tak silap merupakan gunung tertinggi di Negeri Sembilan.

Pada 3 march 2018, seramai 52 orang telah mengikuti ekspedisi ke Gunung Besar Hantu (GBH). Pada seawal jam 3.00 pagi, kami berkumpul di Masjid Kg Chennah, Jelebu. Masjid ni memang dekat je dengan tempat nak naik powil 4x4.

Kemudian, kami bergerak ke parking area di mana 4x4 powil berada. Jam 4.00 pagi kami menaiki powil dan terus ke kaki gunung. Sampai je di sana, ada briefing sikit oleh guider, dan kami bergerak naik ke atas pada jam 5.40 pagi. Okay, untuk GBH ni, ada 2 checkpoint yang boleh berhenti rehat. Yang pertama iaitu di Sg. Kering. Dekat sini boleh solat subuh semua sebab ada bekalan air. Ada sungai dekat sini. Lepastuh checkpoint yang kedua di Kem Orkid, dekat sini pon ada sungai juga tapi kena turun bawah sikit lah baru nampak sungai. Daripada Kem Orkid ni akan terus sampai ke Puncak.

Kami bergerak daripada Sg Kering ke Kem Orkid pada jam 7:00 pagi dan tiba di Kem Orkid pada jam 8.30pagi. Track dripada Sg Kering ke Kem Orkid takdelah susah sangat. Ada la kejap rata kejap menaik sikit. Tapi okaylah. Better daripada Nuang hahaha.

Kemudian, sampai di Kem Orkid, lepak2 kejap, makan sikit apa semua. Tepat jam 9:00 pagi kami terus bergerak naik ke puncak. Part ni, memang mencanak je. haha So korang kena kuatkan mental dan fizikal daripada Kem Orkid nak ke puncak ni. Sebab dia akan terus naik naik dan menaik. haha Track dia lebih kurang Gunung Berembun iaitu daripada Gua Kambing ke puncak. Haaa, lebih kurang macam tulah track nya.

Kami mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke puncak sebab banyak sangat rehat. Ada team member yang buat 1 jam lebih je. Ikut speed and stamina masing-masing.

Dan akhirnyaaaaaa, kami sampai di puncak tepat jam 11:00 pagi! Wohoooo!

Okay, puncak dia takdalah besar mana, agak sempit sikit lah bila ramai. Masa kami naik tu pon hanya ada satu group lain je. Kurang sikit la orang naik atas tu.

So yeah, kami lepak2 makan2 amik2 gambar semua dan bergerak turun ke bawah pada jam 12:30 tengahari.

Lepastuh masing2 terus terjun dekat Sg Kering. Air sejuk gila! Memang best! Boleh mandi boleh solat zohor dengan asar terus.

So yeahhhhh, itu sahaja makluman mengenai Gunung Besar Hantu setakat ini.
Stay tuned untuk trip yang seterusnya!

Jom kasi layan gambar-gambar kami









Comments

Popular posts from this blog

9. BUKIT CHENUANG, HULU LANGAT

5. Gunung Berembun, Negeri Sembilan

10. Bukit Wawasan, Puchong