Posts

10. Bukit Wawasan, Puchong

Image
Assalammualaikum WBT Haii kembali lagi kita minggu ini. Okay, so trip kali, Relax Hikers telah menerjah Bukit Wawasan yang terletak di Puchong. Ketinggian Bukit Wawasan adalah 233Meter.  Kami berkumpul di RNR Awan Besar untuk kumpul semua team, kemudian kami ke Restoran mamak yang berdekatan dengan kaki bukit. So makan makan, kami pon menuju ke kaki bukit. Okay, kawasan parking dekat sini, memang penuh! Mungkin masa kami pi ni ramai orang kot. So terpaksa parking jauh gila dan kena jalan kaki la menghala ke kaki bukit. Dekat sini, untuk pengetahuan semua ada 2 tempat boleh pergi. Sama ada ke Puncak atau ke Waterfall. Kalau ke Waterfall, laluan lain, dan kalau ke Puncak pon laluan lain.  Dan, di sini juga ada 2 track yang korang boleh pilih. Kalau korang nak ke Puncak terus, better guna Track A, lebih dekat cuma dia mencanak sikit la. Track B pulak, dia lalu ikut tokong cina. Tapi kalau lalu Track B, boleh pilih nak ke Waterfall boleh, ke Puncak pon boleh.

9. BUKIT CHENUANG, HULU LANGAT

Image
Assalammualaikum! Hi! Dah lama tak update blog ni. Sekian lama, akhirnya ada juga tempat baru yang berjaya diterjah oleh team Relax Hikers. Okay, jom kita cerita perjalanan kami untuk hiking Bukit Chenuang kali ini. Pendakian pada kali ini adalah seramai 10 orang yang terdiri daripada 7 orang ahli Relax Hikers dan 3 orang daripada Hikers Club. Kami berkumpul di Masjid Hulu Langat pada jam 6.30pagi. Breakfast dulu, sambil tunggu rakan-rakan yang lain, buang segala apa yang patut. Kemudian, pada jam 7.45pagi kami bergerak ke Balai Polis Batu 18 untuk laporkan diri (Kena siap-siap buat senarai nama yang nak mendaki, nanti boleh terus sahaja beri kepada pegawai polis di sana) Jam 8pagi, kami bergerak ke kaki Bukit Chenuang. Okay, Bukit Chenuang ni dia terletak di dalam kawasan Sg Congkak. Kira-kira daripada pintu masuk Sg Congkak nak ke kaki Bukit Chenuang tu ada dalam 1.5km. Jadi sesiapa yang nak daki, sama ada jalan kaki boleh atau nak bawak masuk kereta pon okay. Kalau bawa ma

8. Gunung Besar Hantu, Jelebu, N9

Image
Assalammualaikum wbt and helloooo! Okayy, jom kita layan trip kita kali ini iaitu di Gunung Besar Hantu, Jelebu, Negeri Sembilan. Gunung ini berketinggian 1,462 meter dan tak silap merupakan gunung tertinggi di Negeri Sembilan. Pada 3 march 2018, seramai 52 orang telah mengikuti ekspedisi ke Gunung Besar Hantu (GBH). Pada seawal jam 3.00 pagi, kami berkumpul di Masjid Kg Chennah, Jelebu. Masjid ni memang dekat je dengan tempat nak naik powil 4x4. Kemudian, kami bergerak ke parking area di mana 4x4 powil berada. Jam 4.00 pagi kami menaiki powil dan terus ke kaki gunung. Sampai je di sana, ada briefing sikit oleh guider, dan kami bergerak naik ke atas pada jam 5.40 pagi. Okay, untuk GBH ni, ada 2 checkpoint yang boleh berhenti rehat. Yang pertama iaitu di Sg. Kering. Dekat sini boleh solat subuh semua sebab ada bekalan air. Ada sungai dekat sini. Lepastuh checkpoint yang kedua di Kem Orkid, dekat sini pon ada sungai juga tapi kena turun bawah sikit lah baru nampak sungai. Daripada

7. Bukit Batu Chondong, Kemensah, Kuala Lumpur

Image
Assalammualaikum and hellooooo! Kembali lagi dalam hiking trip yang seterusnya. Oh yeahhhh! Kali ni, kami daripada Relax Hikers terjah Bukit Batu Chondong pula pada cuti raya cina! haha Orang lain balik kampung, kami dok panjat bukit. Apedehal kan? haha Jadinya, pada 17Februari yang lepas, kami seramai 12 orang telah melakukan aktiviti mingguan kami ke Bukit Batu Chondong yang terletak di Kemensah, KL. Bukit ni dekat je dengan Zoo Negara. Haritu pon agak sesat jugak haha tanya orang baru tau jalan. Ikut waze pon macam tak boleh harap! haha Nak tau bukit dia dekat mana, boleh search ATV Park. And sebenarnya dekat tepi jalan raya tu dah boleh nampak dah sign ATV Park diorang gantung dekat tiang2 lampu. Boleh follow je. Kot rasa sesat, tanya je orang dekat situ haha. Bukit nijuga berhampiran dengan Sg Kemensah, yang orang dok makan dalam sungai tu. Haaa dekat dah tu. Kami kumpul dekat depan Zoo Negara jam 7:00 pagi. Lepastuh pergi breakfast kejap. Then terus bergerak ke kaki buk

RELAX HIKERS

Image
Assalammualaikum and hellooo! Ini adalah official logo Relax Hikers di mana di dalam team ini mempunyai 13 orang ahli iaitu Saya, Adha, Abg Fendy, Abg Faizal, Kak Fiza, Kak Ila, Abg Ikmal, Wan, Rafiq, Aqil, Abg Suhari, Tn Hj Jamian dan Syed. Kami amat mengalu-alukan pada sesiapa di luar sana yg nak ikut kami hiking sekali. Ahli kumpulan kami diwakili oleh yang legend dalam hiking dan nubis. Haaa yg nubis tu aku lah tu haha. Semoga segala perjalanan kami untuk mendaki Gunung/Bukit di Malaysia ini dipermudahkan. Begitu juga kepada semua hikers di luar sana. Semoga segala urusan di permudahkan dan selamat pergi dan pulang. *Logo design by me 😎

6. Bukit Senaling, Negeri Sembilan

Image
Assalammualaikum and helloooo. Kali ni, nak update pasal trip yang seterusnya pulak. Terlambat pulak nak update. Baru free harini. hehe So, kali ni, kami daripada Relax Hikers telah plan untuk tawan Bukit Senaling pula yang bertempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bukit ni terkenal dengan awan karpet. TAPI masa kami pergi hike tu, takda rezeki untuk kami untuk kami tengok awan karpet dekat puncak. Sedihhhhhh! Kami telah plan untuk hiking pada 4 February 2018 yang lepas. Macam biasa lah, kami akan berkumpul dulu dekat satu tempat. Jadinya kami plan untuk berkumpul di Masjid Senaling. Kami solat subuh dulu semua, siap-siap apa yang patut and then terus bergerak ke kaki Bukit Senaling. Kami start mendaki tepat pada jam 7.30 pagi. Bukit ni takda lah tinggi sangat sebenarnya 394 meters je, Start je, dah mencanak sikit. So aku suggest korang buat lah renggangan kaki dulu sebelum memulakan pendakian. haha Tapi track dia agak okay lah. Jalan-jalan borak-borak semua gelak-gelak hahaha

5. Gunung Berembun, Negeri Sembilan

Image
Assalammualaikum! And hellooo 27 Januari 2018, Kami seramai 18 orang termasuk 3 orang guider telah berjaya menawan Gunung Berembun yang berketinggian 1,014m/3,326ft. Kami daripada KL/Cheras berkumpul di Rnr Beranang pada jam 5.00 pagi dan bergerak ke Masjid Pantai untuk target sampai jam 6:00 pagi. Jadi kami pon bergerak menggunakan highway LEKAS dan exit Ampangan/Seremban. Kami tiba di masjid pada jam 5:50 pagi. Dekat sini, ramai la nampak hikers2 yang lain parking sini sebab warung depan masjid tu dah buka dah waktu macam ni. Mungkin kedai tu bukak pukul 5:00 pagi. Memang yang lepak situ pon semua geng-geng hikers yang ada je. Kami pon minum la pagi isi perut apa yang patut semua, solat subuh semua. Then selesai, kami terus menuju ke kaki Gunung Berembun yang terletak tidak jauh daripada masjid tu. Tapi kena naik kereta lah haha. Sampai di kaki gunung, kami pon buat la sedikit renggangan semua. Bagi nama pada renjers yang ada dan bayaran di sini ialah sebanyak RM5 ya. Bayaran